Skip to content

Contoh Kesimpulan Assignment Ctu

1- Pengenalan

Pemilikan tidak sempurna (milk al-naqis) bermaksud seseorang itu memiliki salah satu daripada dua unsur dalam sesuatu harta sama ada zat (fizikal) atau manfaat (faedah) nya sahaja di mana berlakunya pemilikan tidak penuh ke atas salah satu daripada dua unsur tersebut dan bukan kedua-duanya sekali. (Faizah Hj. Ismail, 1995) Hak milik fizikal harta bersifat kekal manakala hak milik manfaat bersifat sementara sahaja.

Menurut Abdul Halim El-Muhammady (2001) pula, hak milik tidak sempurna ialah pemiliknya berkuasa ke atas barang miliknya itu sama ada dia menguasai fizikal barang itu sahaja atau dia menguasai manfaatnya sahaja seperti pemilik menyewa rumahnya. Maka, dalam kes ini pemilik rumah dianggap pemilik tidak sempurna kerana manfaat rumah dimiliki oleh penyewa. Begitu juga kedudukan penyewa dalam hubungannya dengan harta tadi di mana dia dikira sebagai pemilik tidak sempurna kerana dia hanya memiliki manfaat penggunaan rumah tersebut sedangkan rumah itu dimiliki oleh tuannya.

Dalam erti kata lain, pemilikan tidak sempurna ialah pemilikan yang tidak memberikan hak sepenuhnya kepada pemiliknya. Terdapat beberapa ciri yang menentukan sesuatu itu dikatakan milk al-naqis:
a) Pemilikan itu bersifat terbatas waktu, tempat dan sifat pemilikan
b) Pemilik tidak boleh mewariskan harta atau hak manfaat yang dimilikinya
c) Pemanfaat harta milk al-naqis bertanggungjawab menguruskan harta itu
d) Apabila habis tempoh, maka harta atau hak manfaat sesuatu harta hendaklah diserahkan semula kepada pemiliknya yang sempurna. Walaubagaimanapun, jika penyerahan itu menimbulkan kemudaratan kepada pemilik manfaat contohnya tempoh sewaan tanah ladang telah tamat tetapi hasilnya belum dapat dituai, maka manfaat tanah tersebut kekal di tangan pemilik manfaat dan beliau dikehendaki membayar sewaan tanah sehingga hasil tanamannya dituai.

Сьюзан надеялась обнаружить внешнее воздействие - команду отключения, вызванную сбоем электропитания или дефектным чипом. Через несколько мгновений компьютер подал звуковой сигнал.

Сердце ее заколотилось. Затаив дыхание, она вглядывалась в экран. КОД ОШИБКИ 22 Сьюзан вздохнула с облегчением.